📱 Dibangunkan oleh cikgu yang penat scroll mesej booking & cuti setiap pagi

Urusan sekolah jadi lebih mudah dengan aplikasi web siap guna

Sistem keberadaan guru dan tempahan fasiliti — semuanya berjalan atas Google Sheets sekolah anda sendiri. Tiada langganan hosting.

2Sistem tersedia
RM0Kos hosting bulanan
100%Data dalam akaun anda
Produk

Pilih sistem yang sekolah anda perlukan

Cuba demo dahulu, kemudian tambah ke troli. Setiap sistem dihantar sebagai salinan Google Sheets + Apps Script untuk akaun Google sekolah anda.

Cara Beli

Siap guna dalam 4 langkah

Cuba demo & pilih

Klik "Lihat Demo", kemudian tambah sistem yang anda mahu ke troli.

Imbas QR & bayar

Di halaman checkout, imbas QR DuitNow menggunakan app bank atau e-wallet.

Muat naik resit

Muat naik tangkap layar resit dan hantar pesanan. Tiada akaun diperlukan.

Terima e-mel

Selepas bayaran disahkan, pautan salinan sistem dihantar terus ke e-mel anda.

Kenapa Kami

Dibina berdasarkan keperluan sebenar sekolah

Setiap sistem dibangunkan dan digunakan di sekolah sebelum ditawarkan kepada orang lain.

Bayar sekali

Tiada yuran bulanan. Berjalan atas Google Workspace / DELIMa yang sekolah sudah ada.

Data milik anda

Semua rekod disimpan dalam Google Sheets dan Drive akaun anda sendiri.

Mesra telefon

Boleh dibuka di komputer, tablet atau telefon tanpa pasang aplikasi.

Sokongan pemasangan

Panduan langkah demi langkah dalam Bahasa Melayu, dan bantuan jika tersekat.

Soalan Lazim

Ada soalan?

Apa itu Sistem Keberadaan Guru?

Sistem Keberadaan Guru ialah aplikasi web untuk merekod guru tiada di sekolah setiap hari — sama ada MC, cuti atau urusan rasmi di luar. Guru isi borang ketiadaan dari telefon atau komputer dan boleh lampirkan surat. Semua rekod disimpan dalam Google Sheets sekolah anda.

Bolehkah sistem ini membantu menyusun guru relief?

Boleh. Halaman Senarai Guru Tiada (Relief) memaparkan semua guru yang tiada mengikut tarikh dan kategori staf, jadi penyelaras jadual relief tidak perlu lagi mengumpul mesej WhatsApp setiap pagi. Senarai boleh dieksport ke PDF atau Excel.

Fasiliti apa yang boleh ditempah dalam Sistem Tempahan Fasiliti Sekolah?

Makmal komputer, bilik seminar, bilik media, dewan dan PSS (pusat sumber sekolah). Ada juga modul pinjam laptop untuk makmal komputer. Setiap fasiliti ada jadual tempahan sendiri, sistem menyekat tempahan bertindih, dan jadual tetap berulang boleh ditetapkan oleh admin.

Perlu bayar yuran bulanan atau kos hosting?

Tidak. Bayar sekali sahaja — RM20 untuk Sistem Keberadaan Guru dan RM10 untuk Sistem Tempahan Fasiliti. Sistem berjalan menggunakan Google Sheets dan Google Apps Script dalam akaun Google atau DELIMa sekolah anda, jadi tiada kos hosting.

Sesuai untuk sekolah rendah dan sekolah menengah?

Sesuai untuk mana-mana sekolah — SK, SJK, SMK, sekolah berasrama dan sekolah yang ada kelas PPKI. Nama sekolah, logo, kategori staf dan senarai fasiliti boleh ditukar mengikut keperluan.

Berapa lama selepas bayar saya akan terima sistem?

Selepas resit anda disemak dan bayaran disahkan, pautan sistem dihantar ke e-mel yang anda berikan semasa checkout. Semak juga folder Spam / Promotions.

Adakah saya perlu tahu coding?

Tidak. Anda hanya perlu salin fail, isi halaman tetapan dan klik "Deploy". Panduan bergambar disediakan.

Boleh guna dengan akaun DELIMa (moe-dl.edu.my)?

Boleh, selagi akaun anda dibenarkan menjalankan Google Apps Script. Kami boleh bantu semak semasa pemasangan.

Bolehkah sistem diubah suai mengikut sekolah saya?

Ya. Nama, logo, kategori dan senarai pilihan boleh ditukar melalui halaman tetapan. Pengubahsuaian khas boleh dibincangkan.

Ada soalan lain atau perlukan bantuan?

WhatsApp kami di +60 10-266 2636.